Tuesday, September 25, 2012

Rugby


Assalammualaikum... I'm back.... hihi...
Korang mesti terkejutkn ngn title yg aku tulis tu...
Badan kecik, kurus kering ada hati nak main 'rugby'.... huhu
Byk lagi game dlm Malaysia ni tetibe terkeluar lak 'rugby'... hahahaha
Mesti lawak kan klu aku men 'rugby'.... Abis patah riuk badan aku....
Adoyaiiii...

Sebenarnya aku nk cerita pasal 'My Abang' la...
Dia ni dlu sbnrnya pemain 'rugby' kt sekolah dia kt Taiping...
My Abang ni juga pernah wakil kebangsaan masa umur dia 16 tahun....
Dah lama dh 'My Abang' xmen game ni lbh kurang 6 tahun disbbkan fokus ngn kerjaya...
Dia mmg giler la ngn game 'rugby' ni & skrg dia nk mula lik men game ni lps kerjaya dia dh stabil...

So baru2 ni aku ikut la 'My Abang' pergi tgk perlawanan 'rugby' kt Mont Kiara...
First time aku tgk org men 'rugby' ni giler ganas game ni men tarik2, tolak2... Takut aku tgk...
Dh la badan sorang2 besar2, berketul2 lak tu....
Klu aku men game ni gerenti patah riuk la di tempat kejadian.... huhu...


So 'My Abang' ni ngn semangat yang berkobar2 lps tgk game ari tu dia akan mulakn training next week...
Lps ni klu 'My Abang' ada game aku kna la jd pom pom girl dia lak... hahahaha....
Moral support la katakan... hihi... ^_^

Blog Aku

Assalamualaikum...
Blog aku berwajah baru lagi... hihii...
Ini idea terbaru aku dan inilah hasilnya...
Design yang simple...
Ape pendapat korang... okey tak?

Blog ni merupakan personal blog aku...
Aku akan ceritakan apa sahaja yang berlaku di sekeliling aku termasuk hobi aku dalam menghasilkan craft, kucing2 aku yang nakal terutamanya 'Maru'...hihihi...
dan xdilupakan 'My Abang'...

Okey la aku harap korang suka ngn wajah baru blog aku ni...
Nanti aku sambung lagi ye.... Tata....

Monday, August 13, 2012

Cute Owl


Assalamualaikum,

Ini ada lagi hasil kraf yang aku buat secara suka2...
Sebenarnya benda ni aku nk hadiahkan kepada pelajar2 praktikal kt tempat aku yang akan habis pada jumaat ni (17 Ogos 2012)...
Aku harap pelajar2 ni suka dengan hadiah yang xseberapa dari aku...
Nak bagi duit raya macam xcukup je...huhuhu...
So aku hadiahkan la diorg benda ni...
Moga boleh menjadi kenangan untuk diorg semua semasa praktikal kt sni....

Jeng... jeng... jeng....


Inilah dia burung hantu yang comel... hehehe...

Burung hantu ni boleh jadi key chain kt beg or hiasan dalam kereta...
Nanti nk cuba buat bentuk yang lain plak la... hehehe...
Chaiyok3.... ^_^

Antara reaksi2 mereka yg berjaya dirakamkan...hihi...
Smile semua.... ^_^



My Sweet Craft....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah berkat usaha aku membuat persiapan pertunangan dulu menggunakan hasil kreativiti sendiri, aku telah mendapat tempahan 'Bunga Tangan' dari rakan sekerjaku yang akan digunakan pada hari akad nikah dia raya ke-4 tahun ni. Tema yang dipilih adalah 'Purple'. Disebabkan dia juga adalah peminat pink jadi aku gabungkan warna Purple + Pink. Aku lekatkan juga Butterfly pink untuk menambahkan seri bunga tangan dan aku juga adalah peminat Butterfly... hehe...


Inilah hasil 'Bunga Tangan' yang telah aku siapkan. Amacam ok x?

Jumaat yang lepas bunga tangan ini telah aku serahkan kepada sahabatku dan aku sungguh gembira  kerana telah berjaya menyiapkan bunga tangan ni... hihi...
Semoga bunga ini dapat menemani dan menceriakan sahabatku pada hari istimewa dia nanti... Amin...




Monday, June 11, 2012

My Engagement Day...


Tanggal 9 Jun 2012 adalah tarikh yang menggembirakan aku & My Abg...
Di mana berlangsungnya majlis pertunangan kami...
Satu step dah lepas so kami akan mengharungi satu step lagi...
InsyaAllah.... <3


Part yang paling membahagiakan aku adalah semua hantaran aku nk bagi My Abg buatan sendri...
Termasuklah sirih junjung yang 1st time nk buat...
Sebab makcik aku yang pandai bab2 sirih junjung ni xde dia pergi jenguk anak dia kt UK....
Bukan Ulu Klang okey ni United Kingdom...
Sebelum dia berlepas ke sana sempat la dia menurunkan ilmu buat sirih junjung ni tp seminggu sebelum majlis aku... Nak dijadikan cerita pada malam hari sebelum 9hb aku & family aku bersiap sedia la nk buat sirih junjung ni... Tapi ilmu yang diturunkan oleh makcik aku tu aku lupa...huhuhu... Ingat 1 or 2 step je...
Alamak macam mane ni!!!!

Dengan bantuan mak aku, mak sedara aku & adik aku No. 4... 
Kitorang pon ikut kata hati je buat sirih junjung tu tiada bantuan yang profesional....huhu...
Rasa2 korang jadi x sirih junjung buatan kami tu...
Bagi aku sirih tu memang cantik sbb hasil kerja kami bersama2.....


Akhirnya majlis berjalan dengan lancar... Alhamdulillah... Terima kasih diucapkan kepada semua atas bantuan yang xterhingga... :)


Paling mengejutkan aku pada malam tu juga ada member aku  mintak aku buatkan bunga tangan utk dia tunang bulan 10 ni... Member ofis aku yang lama lak mintak aku wtkan bunga hiasan + bunga tangan tuk majlis perkahwinan dia nanti... Seronok sangat dan xdisangka2.... Sebenarnya aku xsangka bunga tangan n bunga hiasan yang aku wt sker2 ni leh jadi satu sumber rezeki utk aku nnt....
Aku akan berusaha lebih utk minat aku ni.... :)
x

Monday, May 14, 2012

Berat Badan??

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Hari semalam sampai ke pagi ni aku rasa happy sangat. Nak tau sebab ape?? 
Jeng...jeng....jeng....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
* Semalam aku & my abg pergi IKEA dan Daiso Japan kt The Curve... First time msk Daiso, rupa2nya kedai tu jual banyak barang yang comel2 & harga semua barang tu cuma RM5 sahaja... So semalam xdisangka2 dah abis kn RM50 beli brg2 kt kedai tu... Aku sebenarnya nak beli kain felt tuk wat decoration bunga felt tuk majlis tunang aku bulan 6 ni... Member aku yang suggest kedai tu... Tapi semalam aku xjumpa warna purple terpaksa la beli yang kecik je... huhu... Nanti aku akan pergi kedai Daiso kt Sunway Piramid lak... hehe...
v
v
v
* Kat IKEA aku borong byk tisu... hihihi... Rasa mcm nk menjual lak... Aku beli 7 warna iaitu Biru Muda, Biru Tua, Purple, Hijau, Kuning, Pink & Merah... Tisu tu sebenarnya aku nk buat bunga tisu... First time nk belajar buat, tu pun tuk majlis tunang aku... Harap2 menjadi la bunga felt & bunga tisu tu... Di samping tu aku pon beli la barang2 tuk hias kt bilik air mak aku... Hope mak ngan ayah aku suka ngan barang yang aku beli ni.... ;) *wink, wink...*
v
v
v
* Masa kt IKEA aku pun timbang la berat badan free of charge... hihi... Dan yang paling aku xsangka berat badan aku dah naik la rupa2nya...  Kalau orang lain mesti dah susah hati kalau tgk berat badan dah naik kan... Tapi aku HAPPY sangat & macam xpercaya pun ada... Sebenarnya aku ni boleh la dikategorikn kurus sangat... Sebab berat badan aku sebelum ni dalam 38 - 39 kg je... Tinggi 154cm... Berat ideal aku dalam 45kg... huhu... Kurus kan aku ni.... Tapi semalam berat badan aku dah menampakkan kenaikkan dan mencecah angka 44 kg... hehehe.... Patut la my abg byk kali cakap badan aku dh naik tp aku xcaye la sbb dia tu sker main2... Rupa2nya mmg dh naik cuma aku je yg xperasan... hehe... Berat badan aku ni sebenarnya susah sangat nk cecah angka 40 kg tu... Dah banyak cara aku wt nk menaikkan berat badan aku ni tp sumenya tinggal harapan je... huhu... Aku harap berat badan aku kali ni leh la cecah 45kg dan kekal berat tu... Xnak turun2 berat lg... Aku akan berusaha lagi tuk menaikkan berat badan aku... Go go chaiyok... ^_^

Wednesday, March 14, 2012

Nodame Cantabile

Assalamualaikum....
Wah sunyi btul blog ni ye sbb dh lama aku xupdate....
Al-maklum la 'buzy woman' la katakan...hehe...
Okey tetibe aku dapat idea aku nk kongsikan dengan korang pasal Japanese drama...

Sebenarnya aku minat sangat bahasa Jepun & Korea dari aku sekolah menengah lg...Masa tu lak 8TV slalu ada drama Jepun dan Korea....Ape lagi aku layan la...Memang best sangat...Dapat la aku asah bakat aku dalam pelajari bahasa asing tu...Ada la sesetengah perkataan tu aku paham sbb diorg slalu sebut...So bile aku dapat melanjutkan pelajaran di salah satu institusi awam di Shah Alam...Bahasa ketiga yang aku pilih adalah bahasa Jepun...Alhamdulillah aku lulus semua exam bahasa Jepun tu...

Masa aku ngah mencari link untuk download cerita Gemersik Kalbu hari tu aku jumpa satu blog ni mediaprimatv....Dapat la aku mengdownload cerita Gemersik Kalbu dari Episod pertama sehingga last...Boleh dikatakan semua cerita yang ditayangkan di TV3 dan TV9 semua ada kat blog ni....Seronok sangat... Tetibe aku pun terjumpa satu drama Jepun yang mmg dah lama aku cari... 'NODAME CANTABILE'


Punyalah teruja sebab aku memang minat cerita ni masa ditayangkan kat 8TV dulu... Aku tak ingat lak tahun masa ditayangkan tu tapi rasanya tahun 2006 kot....huhu... Lama betul aku mencari drama ni... Sebenarnya drama ni diadaptasi dari komik hit Jepun yang ditulis oleh Tomoko Ninomiya...

Drama ni mengisahkan Megumi Noda atau Nodame yang belajar di Kolej Muzik Momogaoka yang minat sangat bermain piano dan bercita-cita menjadi seorang guru tadika... Tapi si Nodame ni pengotor, kelam kabut dan suka curi bekal makanan kawan-kawan dia dan yang paling penting dia suka pelajar terbaik kolej tu Shinichi Chiaki pelajar piano dan violin...
Si Shinichi Chiaki ni rupa-rupanya tinggal sebelah je dengan rumah si Nodame tu... Tapi si Shinichi ni pembersih, sombong dan bercita-cita nak jadi konduktor orkestra di luar negara... Masalahnya dia ni lak takut naik kapal terbang gara-gara fobia dia masa kecik...hehehe...


Cerita ni genre dia komedi romantik dan memang kelakar sangat... Nanti korang cuba la tengok ye... Memang puas hati sebab aku dah dapat download cerita ni dari episod 1 hingga habis... Nanti aku nak cari cerita Jepun lain lak & leh wat koleksi... hihi....

Tuesday, January 31, 2012

Ariana Mikhail


Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita dalam blog ni...hihi... (Macam pengacara lak...ape2 je la kan...hihi)
'Ariana Mikhail' gabungan nama yang sesuai sangat...
Mesti terbayang hero yang hensem dan heroin yang cantik kan...

Lagipun nama 'Ariana' tu memang aku dah lama minat semenjak dari belajar kat universiti lagi...
Lepas dengar lagu kegemaran aku 'My Baby You' dendangan Marc Anthony la aku jadikan nama ni nickname aku yang sah....
Cuma aku olah nama ni menjadi ejaan yang lain sikit 'Arrieyana'... Biar susah sikit orang nak mengeja dan menyebutnya...hihi...
Tapi sebutan dia tetap sama 'Ariana'...
Cuma aku tak jumpa la 'Mikhail' tu...huhu....
Aku cuma dapat jumpa 'Fadhil'... Boleh la ejaan last 'il' tu sama....hahaha...
Merepek lak aku ni kan... Sowie la ye...

Sebenarnya bila aku dgr je tajuk cerita ni aku terus minat sbb lagu tema dia mmg menyentuh kalbu... huhu...
Rupa-rupanya cerita ni memang best la sbb ada heroin yang chumell tentulah si Nora Danish...
Nora Danish ni merupakan favourite heroin aku sbb aku minat sangat tgk gaya dia bercakap & stail dia mmg cute...
Chumell sangat...
Hero dia lak jejaka tampan Sein Ruffege yang memang dah lama aku minat...
Cerita ni aku tak sempat tengok ending dia lagi padahal kat TV dah abis tayang dah...
Sedih betul... huhu

Nasib baik aku dapat download cerita ni dari blog 'mediaprimatv' tapi baru episod 1 hingga 8 je...
Nanti aku akan berusaha habiskan download cerita ni sampai episod ke 16...
Tak sabar nak tengok ending cerita si chumell Nora & si hensem Sein ni...
Sebenarnya cerita ni ada pesanan orang tua-tua tau...
Korang jangan la benci sangat seseorang tu... Nanti lama-lama boleh jadi sayang tau...huhu...
Dan benda ni sebenarnya dah terkena kat diri aku sendiri... haha
Jadi kesimpulannya kita kena la dengar semua nasihat orang-orang tua k...
Kbye... :p




Gemersik Kalbu

Assalamualaikum....
Lama betul aku tak jenguk dan meng'update' blog ni....
Aku amik kesempatan pagi ni tuk update skit la
(Tengah rajin nk meng'update' ni)....hihihi...

Aku ni bukanlah kaki novel... Sekali sekala tu leh la baca.....
1st novel aku pernah baca adalah 'PILOT CAFE'... :90:
Aku amik masa baca sampai habis dalam masa 4 hari... Pecah rekod tu....
Bagi aku novel ni best & aku suka jalan ceritanya...
Paling penting aku masih ingat sampai sekarang.... hihihi... :16:
Novel ni sebenarnya aku pinjam dari kawan aku masa sekolah menengah...
Dia memang minat baca novel & minat dalam bidang penulisan ni....

Sekarang ni aku mula berjinak-jinak baca novel semula....
Dan sekarang aku suka tengok drama atau filem yang diadaptasi dari novel...
Sebab lagu-lagu dalam cerita-cerita tu memang best & terbaik.... :w:

Terbaru aku suka sangat tengok drama ni... ' GEMERSIK KALBU'..... :face12:
Aku suka dengar lagu-lagu dalam drama ni.... Hero & heroin pon memang sweet.... Sesuai!!!!
Dan lagu yang aku rasa sweet dan suka dengar adalah lagu 'Obsesiku' nyanyian Aqasha....
Dengar lirik lagu ni pun dah boleh jatuh cinta.... :face42:
Cuba la dengar ye.... :a3::a3::a3:





Stay cute,